MH370 - Pesawat China Kesan Objek "Mencurigakan" Di Selatan Lautan Hindi.

 

BEIJING: Anak kapal pesawat China mendakwa mengesan beberapa 'objek mencurigakan' di zon mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi yang sedang giat dijalankan hari ini.

Agensi berita Xinhua berkata, objek 'putih dan empat segi' dikesan oleh penyelidik di dalam pesawat Ilyushin-76.

“Anak kapal pesawat mengesan objek berkenaan di kordinat 95.1113 darjah timur dan 42.5453 darjah selatan dan terus memaklumkannya ke pusat kawalan dan kapal pemecah ais China, Xuelong, yang kini sedang menuju ke lautan berkenaan," kata Xinhua. - AFP

HOOTSUITE SOCIAL MEDIA MANAGEMENT FOR THE ENTERPRISE
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments