Ikatan Tunang Shah Jaszle Terlerai Akibat Kes Tangkap Khalwat.

 

Ikatan berakhir 10 hari lalu selepas keluarga perempuan lihat kenyataan JAIS.

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.
Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.

Elak jadi mangsa kutukan.
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

“Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei .








 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments