Sebuah salon kecantikan di China ini mengamalkan teknik di mana mereka akan membakar wajah para pelanggan bagi mendapatkan hasil rawatan kecantikkan yang luar biasa. Terdapat banyak cara untuk melakukan rawatan kecantikan, daripada yang biasa hingga lah kepada tahap yang sangat ekstrem yang boleh kita temui. Namun, tujuannya hanya satu iaitu untuk mendapatkan kecantikan wajah yang sempurna. Cara atau kaedah yang dimaksudkan ini sering disebut sebagai "Huo Liao".
Sebelum rawatan dilakukan, sejenis kain alas akan diletakkan pada bahagian tubuh yang hendak dibakar. Lazimnya, kain alas tersebut akan akan diletakkan sejenis ramuan rahsia dan diberi sedikit kelembapan. Setelah itu, barulah proses menyalakan api dilakukan.
Fungsi api yang membakar pada wajah sepanjang rawatan ini adalah untuk mengembalikan keanjalan kulit pada bahagian yang dirawat. Walaupun rawatan jenis ini dianggap berbahaya, ternyata ia masih tetap menjadi pilihan bagi orang ramai kerana beranggapan, proses ini nampak lebih menyenangkan pada bahagian tubuh.
0 comments