Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu ( Video ).

 

Kebarangkalian musim “ikan tamban” yang banyak di pesisir pantai dekat Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ribuan spesis ikan berkenaan “naik” dan terdampar di darat

Bagaimana pun fenomena yang dikatakan jarang itu berlaku itu telah mengemparkan penduduk sekitar

Malah ada yang meramalkan kejadian berkenaan membawa petanda tertentu, itu kata orang kampung

Kejadian itu dikesan berlaku pada pagi Selasa tadi turut membuat penduduk mengambil kesempatan mengaut “rezeki” ribuan ikan tamban yang terdampar di pesisir pantai kampung terbabit

Mengulas lanjut tentang fenomena itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan perkara tersebut yang dikatakan berkait rapat sebelum dengan kejadian “Tsunami” beberapa tahun lalu yang melanda Aceh, Indonesia


Sementara itu, menurut ketua Kampung di Tanjung Labian, kejadian tersebut tidak dianggap “pelik” berikutan spesis ikan berkenaan memang banyak di bulan ini dan tidak mustahil ikan tamban itu akan melompat-lompat naik ke pesisir pantai

Dalam pada itu, cuaca di Lahad Datu adalah baik buat masa sekarang dan merujuk kepada Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami

Bagaimana pun, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini

TUNE HOTEL 1 BORNEO KOTA KINABALU

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments