Menurut skrol Laut Mati, Lilith dikatakan isteri pertama nabi Adam yang diciptakan pada hari yang sama dengan kejadian Adam di syurga. Lilith dikatakan tidak setuju digelar yang "kedua" sementelah Adam adalah yang pertama. Lilith juga membantah untuk dijadikan pasangan Adam kerana menyakinkan Adam adalah sama taraf dengannya dan tidak sesuai dijadikan isteri atau hamba seorang hamba Allah yang diperbuat dari tanah liat. Disebabkan itulah maka terciptalah Hawa dihari ke enam selepas Allah mencipta Adam.
Mitos ini juga terdapat di dalam kitab Talmud dan juga text sejarah tamadun Mesopotamia, Babylon dan text Hindu-Buddha. Di dalam text Mesopotamia juga menggelarkan Lilith sebagai Dewa Gilgamesh.
SKROL LAUT MATI
LILITH DI DALAM UKIRAN KERAJAAN BABYLON@MESOPOTAMIA
YANG DIKENALI SEBAGAI DEWI GILGAMESH
Apa yang menariknya, di dalam Talmud iaitu suatu kitab suci bangsa Yahudi menyatakan bahawa Lilith merupakan lambang feminism yang kuat, mempunyai kuasa yang hebat, bijaksana tetapi gemar membunuh anak-anak lelaki yang tidak berdosa kerana bencinya ia kepada kaum lelaki. Ia berbeza dengan kitab Injil yang menggelarkan ia sebagai pembunuh yang jahat, kejam dan sejenis makhluk yang digelar "vampire yang menyedihkan."
Namun, mitos ini hanyalah suatu mitos yang tertulis di dalam teks Skrol Laut Mati., kitab Talmud, Injil, mitos Mesopotamia dan juga Hindu. Ia tidak berkaitan dengan Islam kerana Al Quran telah menyebut Hawa sebagai teman pertama dan terakhir nabi Adam untuk selama-lamaya. Mitos Lilith juga tidak dapat dibuktikan kebenarannya oleh cerdik pandai Yahudi dan sehingga kini menjadi perdebatan yang hangat di Israel yang tiada kesudahan.
Sesungguhnya AlQuran itu sudah lengkap dan memberi ketidakhadiran ia didalam AlQuran memberi "signal" bahawa kisah ini hanyalah mitos semata-mata yakni yang ditokok tambah di dalam kitab-kitab terdahulu.
TAKE FREE ONLINE COURSES FROM THE BEST UNIVERSITIES IN THE WORLD
0 comments