Setiap pelanggan dimandikan di atas katil di bilik air sebelum melanggani pekerja seks, inilah tarikan sebuah premis di percayai untuk menarik minat pelanggan yang mengunjung premis mereka di Taman Botani Klang Kegiatan ini terbongkar setelah orang ramai hairan melihat premis yang tidak berpapan tanda ini dikunjungi ramai lelaki dan mereka membuat aduan kepada polis.
Polis dari unit risikan dan operasi NKRA Ibupejabat Polis Kontijen Selangor membuat serbuan malam tadi selepas menerima aduan. Operasi bermula 9.30 malam diketuai ASP Aini Shah Fadhil bersama beberapa anggota dan berjaya menahan sembilan pelacur membabitkan 3 warga China dan 6 Vietnam yang berusia 21 hingga 35 tahun. Polis menemui seorang pelacur tanpa seurat benang dan pelanggan yang bersama dalam keadaan separuh bogel ketika diserbu polis.
Pemeriksaan lanjut polis menemui journal kerja yang menunjukkan bayaran antara RM80 hingga RM110 bagi urutan bogel manakala khidmat seks RM180 Pelbagai taktik diguna bagi menghalang pihak berkuasa bertindak, seperti menyediakan CCTV serta butang amaran yang di sambung ke dalam bilik pelacur namun penyamaran anggota polis, berjaya membongkar kegiatan ini.
Kesemua yang ditahan di bawa ke ibu pejabat polis daerah, klang selatan untuk membuat siasatan, kes ini di siasat mengikut seksyen 372 dan 373 kanun keseksaan.
INTRODUCING SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1
0 comments