FORT WAYNE, INDIANA, U.S. (WANE) – Seorang lelaki yang berasal daripada Fort Wayne telah memulakan satu perniagaan yang unik di daerah Fort Wayne, Amerika Syarikat.
Memperkenalkan perkhidmatan pembantu rumah dengan satu perbezaan.
Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan pengemasan ringan kepada pelanggannya, tetapi pembersihan dilakukan secara berbogel.
Pemilik perniagaan itu, yang meminta NewsChannel 15 untuk tidak menggunakan namanya bagi melindungi anonimitinya, berkata perniagaan sedang berkembang maju.
“Kami kini berada di satu tahap dimana kami bekerja hampir setiap hari dan mendapat perniagaan ulangan,” katanya.
Pembantu rumah hanya dibenarkan untuk membuat tugasan pengemasan ringan: membasuh pinggan mangkuk, vakum, dan mengibas.
Pelanggan hanya perlu membayar $60 (RM179) sejam pada hari-hari biasa, dan minimum dua jam perkhidmatan.
Setiap pembantu rumah datang dengan seorang pengawal keselamatan keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan memegang atau menyentuh wanita berkenaan.
Pemilik berkata pembantu rumah mereka mendapat kira-kira $30 (RM89) sejam.
Frank Suarez, jurucakap bagi Bandar raya Fort Wayne, berkata kakitangan bandar raya tidak menjumpai apa-apa dalam Kod Indiana yang akan mengharamkan jenis perkhidmatan ini.
Perniagaan itu tidak berdaftar dengan Pejabat Pencatat Daerah Allen, tetapi pemilik mengatakan bahawa itu adalah sesuatu yang sedang dalam proses menyiapkan.
p/s : Macam-macam la dunia sekarang nih.,,
MASTERCARD FOR GREAT DEALS ONLINE
0 comments