Sesiapa yang menonton episod terbaru program 999 yang disiarkan di TV3 baru-baru ini pasti dapat melihat satu serbuan pihak berkuasa telah dilakukan keatas sebuah premis hiburan yang tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.
Menurut laporan wartawan 999 itu, seorang selebriti yang berada disitu untuk menyambut ulang tahun bersama rakan-rakan sempat meloloskan diri.
Setelah disemak gambar beberapa keping kad jemputan ke majlis berkenaan adalah sama seperti yang dimuatnaik oleh aktres cantik Nora Danish ke akaun instagramnya.
Laporan itu juga memaklumkan bahawa majlis sambutan ulang tahun itu telah diadakan bilik khas bernilai RM5,000 tetapi semua yang berada disana sempat meloloskan diri.
Menarik sungguh episod 999 yang telah disiarkan baru-baru ini. Ini kerana di dalam program tersebut dikatakan ada seorang selebriti tempatan yang telah menyambut hari jadinya di dalam sebuah kelab haram dan sempat meloloskan diri ketika serbuan dilakukan. Desas-desus menyatakan selebriti tempatan tersebut ialah Nora Danish yang sememangnya telah menyambut hari lahirnya baru-baru ini.
Sila tonton rakaman video 999 di bawah untuk informasi lanjut.
FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER
0 comments