Asal-Usul "Rave Party" Seperti FMFA 2014.

 

KAJANG - Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 harus dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti mereka gagal mencegah penyalahgunaan dadah dan alkohol sewaktu berlangsung persembahan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menegaskan demikian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu yang meragut enam nyawa warga tempatan, tiga daripadanya wanita, berusia antara 19 hingga 28 tahun.

"Kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan, bersama-sama dengan PBT dan pihak stadium yang telah menyewakan premis berkenaan kepada penganjur," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sini hari semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata polis telah mengenalpasti 38 makmal utama dadah di negara ini di mana sembilan darinya telah pun diserbu dan peralatannya dimusnahkan.

"Saya tidak mahu beritahu negeri mana dan lokasi mana tetapi tindakan yang dilakukan Sting (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) sudah mengambil kira dari negara mana mereka yang telah mengusahakan makmal ini," katanya. - Bernama

Budaya 'rave' cemar minda muda mudi


SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi masa kini saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti “rave” berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya arak, dadah, dan pergaulan bebas.

Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema utama sebegini melibatkan pihak syarikat arak.

Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS); ciri-ciri adab diberi perhatian.

Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan rave haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

Kaitan muzik elektronik dengan ecstasy

Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun. Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.

Menjelang musim panas tahun 1985, kerajaan AS mengklasifikasikan dadah MDMA sebagai barangan Kawalan Bahan- Jadual 1 yakni bahan yang berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan….Dadah yang mulanya digelar Adam kini bertukar menjadi Ecstasy.

Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis, " menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy -menyemarakkan satu budaya dadah dan muzik.

Di United Kingdom , 1988 pesta budaya ini dikenali sebagai Summer Kedua Cinta. Dilengkapi dengan MDMA, syurga kelab Ibiza menjadi tumpuan.

Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an – selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.

Kehadiran terhad kepada jemputan sahaja.

Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada kehadiran pelawat yang tidak diingini. Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” di kalangan pengunjung konsert.

Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave dikomersialkan secara meluas.

Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend muzik baru kegilaan remaja dengan DJ mendapat sambutan dan status sehangat artis pop dan rock. Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi Festival.

Hari ini, antara ciri-ciri konsert rave adalah yuran kemasukan yang tinggi. Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan kelam;bilik “chill” yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang.

Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA.

Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya untuk meningkatkan kesan mengambil MDMA.

'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi. Ia juga boleh menjadi lebih beberapa hari. Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar alkohol dan dadah.

Garis pemisah di antara konsert , parti dan konsert rave sering kabur. Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan mendapat penerangan yang agak konsisten.

Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan dadah. Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat merangsang secara maksima.

Dadah yang dijumpai di akan mengalami termasuk ganja, asid, GHB, ketamin , cendawan dan yang paling popular, Ecstasy, atau X.

Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy, yang kesan ini dipertingkatkan dengan lampu berkelip.

Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah, dan muzik.

Ia tidak sukar untuk memahami mengapa. "Rolling," istilah ravers bagi melambangkan suasana “high” atau khayal dengan keghairahan yang berpanjangan juga mendapat rangsangan dan galakkan rentak muzik yang berkumandang, dengan kemegahan lampu berwarna dan suasana yang puluhan ribu bersentuhan badan tidak mengenal jantina.

Dadah yang membuat muzik yang lebih baik dan begitu juga sebaliknya

Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka. Untuk durasi 6 – 8 jam apa-apa boleh berlaku.

Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa penonton yang didapati mengalami “overdose” arak dan dadah “rekreasi”. Adakah Malaysia yang berteraskan konsep 1 Malaysia akan membenarkan menularnya pengaruh sosial bebas ini?

Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?

Muzik budaya DJ juga berteraskan arak; dadah dan pil mengkhayalkan. Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk di anjurkan di khalayak umum ?

Tambah pula lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras?

Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya tidak sihat di kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?

Kementerian cadang perketat permit konsert

Kementerian Belia dan Sukan merancang memperketat pemberian permit konsert ekoran insiden kematian yang dikaitkan dengan dadah dalam sebuah konsert di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menterinya Khairy Jamaludin (kiri) berkata, untuk tujuan itu, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri dan agensi lain kerajaan.

“Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat.
“Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang,” katanya.

Bernama melaporkan, enam maut dan 14 individu dirawat di hospital dipercayai akibat dadah ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 yang berlangsung pada 13-15 Mac.

Polis dilapor menahan 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.

Khairy juga menyangkal dakwaan yang mengaitkannya dengan penganjur walaupun pihak berkenaan pernah datang ke pejabatnya untuk memaklumkan perkara itu.

“Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

“Apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur,” katanya.

STUDY AT THE HONG KONG POLTECHNIC UNIVERSITY

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments