MH370 - FBI Mahu Ambil Simulator Kapten Zaharie.

 

Washington: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, minggu ini.

Menurut laporan USA Today, seorang pegawai penguat kuasa perundangan persekutuan Amerika Syarikat berkata, komputer dan simulator itu berkemungkinan besar dihantar ke makmal FBI di Quantico, Virginia.

Sementara itu, Peguam Negara AS, Eric Holder, kedua-dua kerajaan sudah mengadakan “perbincangan berterusan mengenai bagaimana kita boleh membantu.” “Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa, tetapi kita tidak mempunyai sebarang teori (mengenai punca kehilangan pesawat itu),” katanya di sini semalam.

KLM JOURNEY OF INSPIRATION
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments