MH370 - PM Australia Maklumkan Pesawatnya Kesan Objek Mungkin Ada Kaitan Dengan MH370.

 

SEBUAH pesawat mencari dan menyelamat Australia telah mengesan dua objek di selatan Lautan Hindi yang berkemungkinan ada kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ia dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia Tony Abott di Parlimen negara itu hari ini, menurut laporan terkini NBC News.

Menurut Abott, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan objek itu yang ditemui di kawasan perairan berhampiran Perth, Australia.

Beliau berkata, analisis lanjut ke atas objek berkenaan perlu untuk mengenalpasti sama ada ia benar-benar dari pesawat MH370 tetapi beliau menganggap penemuan itu sebagai sesuatu yang baru dan boleh dipercayai.

“Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkenaan objek berkenaan yang dilihat ada kaitan dengan pencarian dengan pesawat MH370,” kata Abott.

Sebuah pesawat P-3 Orion kini sudah digerakkan ke lokasi untuk melihat dengan lebih dekat objek berkenaan.

Kepastian mengenai objek berkenaan akan diketahui pada petang nanti.

SPROUT SOCIAL ALL IN ONE SOCIAL MEDIA SOFTWARE
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments