Pekerja Kedai Mamak Cuci Kuali Guna Air Longkang Di Cheras ( Video ).

 

Sudah acap kali kita mendengar kisah tentang tahap kebersihan restoran dan premis yang beroperasi 24 jam di Malaysia terutamanya kadar kebersihan di kedai mamak.

Kalau kita perhatikan, longkang penuh sampah sarap dan berbau serta lantai dan meja yang tidak dilap dengan bersih mengundang lalat dan serangga perosak lain.

Setiap restoran dan kedai makan seharusnya mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika mereka ingkar, kompaun sehingga RM250,000 boleh dikenakan oleh majlis perbandaran negeri masing-masing.


Video yang dikongsikan oleh seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah restoran mamak di Cheras baru-baru ini jelas mencerminkan pengendali kedai makanan tidak mementingkan aspek kebersihan dalam menjalankan operasi harian mereka dimana video berdurasi selama 29 saat itu menunjukkan seorang pekerja kedai mamak membasuh kuali menggunakan air dari longkang berhampiran restoran mereka.

Pekerja tersebut menggunakan gayung berwarna kuning untuk mengambil air sambil mencuci kuali yang dipercayai digunakan untuk memasak. Lokasi terperinci kedai mamak ini tidak diketahui.

Keadaan restoran yang kotor bukan saja menimbulkan perasaan kurang selesa pengunjung yang datang untuk menjamu selera, bahkan mereka akan lebih terdedah dengan penyakit seperti taun, kencing tikus malah denggi kerana banyak nyamuk.

TAKE FREE ONLINE COURSES FROM THE BEST UNIVERSITIES IN THE WORLD
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments