PM Sahkan Pesawat MH370 Terus Terbang Dan Komunikasi Dimatikan.

 

Dato Seri Najib Sahkan pesawat MH370 melalui sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama sebentar tadi mendedahkan beberapa perkara penting.

Menurut Dato' Seri Najib, pasukan penyiasat mengesahkan pesawat MH370 terus terbang ketika signal terakhir diterima dari menara kawalan. Pesawat itu juga disahkan melakukan U-Turn ketika di lokasi terakhir tersebut.

Apa yang mengejutkan, komunikasi Pesawat MH370 telah ditutup sebelum melintasi semenanjung Malaysia. Komuniskasi terakhir antara MH370 dengan satelit pada pukul 8.11 pagi, 8 Mac 2014. Walau Bagaimanapun Lokasi terakhir tidak dapat diketahui.

Pencarian tertumpu kepada dua koridor iaitu:
Utara Thailand ke Sempadan Kazastan
Indonesia to Selatan Laut India

Walaubagaimanapun, Pihak berkuasa belum mengesahkan sebarang rampasan Pesawat MH370. Menurut Dato' Seri Najib, Pasukan penyiasat masih menyiasat keseluruhan kemungkinan.

Operasi di Laut China Selatan kini ditamatkan.

PREPARE FOR YOUR CHILDS FUTURE WITH A-EDU ACHIEVE

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments