Sarimah Ibrahim Tayang Gambar Kekasih Baru ( 5 Gambar ).

 

Selebriti popular Sarimah Ibrahim,36 akhirnya mengaku bahawa dia sedang menjalani hubungan cinta dengan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Pengakuan itu dibuat sendiri penyampai radio MIX FM berkenaan kepada portal murai.com.my ketika mengumumkan jejaka yang terpilih untuk menemaninya bagi acara makan malam sempena kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM.

Jelas Sarimah Ibrahim, walaupun mempunyai latar belakang daripada golongan diRaja, namun katanya Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang sangat ringkas dan peramah.

“Sememangnya saya agak gementar untuk memperkenalkan dia (Tunku Nadzimuddin) kepada pihak media. Yalah mengenangkan apa yang telah terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini.

“Tapi, saya harapkan semuanya akan baik-baik saja selepas ini,” katanya yang pernah gagal dalam perkahwinan bersama jejaka berbangsa Australia, Andrew Amir Browning Abdullah pada penghujung 2008.

Wanita kacukan Melayu-Ireland itu juga pernah menjalani hubungan cinta dengan jejaka kelahiran Perancis bernama Guillaume, bagaimanapun terputus di tengah jalan.



Pelakon dan penyampai radio terkenal Sarimah Ibrahim mengejutkan ramai apabila membawa kekasih barunya masuk ke konti stesen radio Mix FM pada pagi tadi.

Nama lelaki itu ialah Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali dengan nama Jamie, merupakan salah seorang kerabat Negeri Sembilan. Jamie pernah menjadi perhatian media gara-gara kontroversi bergaduh dengan seorang kerabat negeri lain pada tahun 2009.

Sebelum ini, peminat mendakwa pernah melihat Sarimah Ibrahim dan Jamie sama-sama menyambut majlis ulangtahun kelahiran Sarimah di Zeta Bar, Kuala Lumpur.



FLY THE WORLD WITH DISCOUNT WITH KLM AIRLINES

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments