Tidak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting ( 3 Gambar ).

 

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2014: Tidak sanggup untuk berenggang dengan cahaya matanya yang kini berusia 9 bulan, pelakon Diana Danielle akui telah membawa bersama anaknya ke lokasi penggambaran.

Diana Danielle berkata dia akan membawa anaknya yang bernama Muhammad ke tempat dia bekerja jika ianya memerlukan lebih 6 jam waktu bekerja kerana anaknya masih menyusu badan.

"Saya sebenarnya sudah mengurangkan tawaran berlakon demi mahu menjaga serta memberi perhatian kepada anak saya.

"Malah, jika saya perlu mengambil masa yang lama iaitu lebih 6 jam untuk berlakon atau keluar bekerja saya akan bawa anak saya bersama.

"Tak boleh hendak meninggalkan dia begitu kerana dia masih lagi menyusu badan dan saya sendiri tak sanggup berpisah lama dengannya," katanya kepada murai.com.my

Diana ditemui selepas pelancaran Dunia Seniman oleh Metrowelath (MIG) dan HyppTV di Menara TM, petang tadi.


Bercerita mengenai pengalamannya yang membawa anaknya ke lokasi penggambaran iklan, isteri kepada aktor Farid Kamil itu memberitahu dia bersyukur kerana anaknya seorang yang mudah mesra dengan orang lain dan memudahkannya untuk bekerja.

"Saya pernah bawanya ketika penggambaran iklan sebuah produk. Tiada masalah yang besar untuk membawanya bersama kerana dia mudah mesra dengan orang lain.


"Pun begitu, saya tak nafikan dia juga seperti budak kecil lain yang akan merengek kadang kala tapi tiada masalah jika saya boleh menyusukannya di situ juga," katanya yang semakin bahagia dikurniakan putera yang sihat dan pintar.

Mengenai perkembangan kerjaya, Diana bakal memulakan penggambaran sebuah filem baru mulai Mei ini.

HOOTSUITE SOCIAL MEDIA MANAGEMENT FOR THE ENTERPRISE

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments