Gambar hiasan. Singapura: Hakim mengenakan hukuman lima bulan penjara ke atas seorang bekas profesor undang-undang semalam kerana menerima tawaran seks dan hadiah daripada seorang pelajar sebagai tukaran memberi gred baik kepadanya. Kes itu adalah antara beberapa perbicaraan isu rasuah di Singapura yang mempunyai imej pentadbiran bersih. Tey Tsun Hang dipecat oleh Universiti Kebangsaan Singapura minggu lalu selepas didapati bersalah atas enam tuduhan rasuah. Hakim menyifatkan perlakuannya bercanggah dengan latar belakang defendan sebagai pegawai kanan pendidikan. Rayu hukuman Hakim Tan Siong Thye mengenakan hukuman penjara lima bulan ke atas defendan berusia 42 tahun itu dan mengarahkannya membayar denda S$514 (RM1,224). Bagaimanapun, Tey merancang untuk merayu hukuman dan dijangka bebas atas ikat jamin ketika menunggu prosiding selanjutnya. Tey dikenakan tuduhan pada Julai lalu atas dakwaan menerima tawaran seks, baju, iPod, pen mahal dan makan malam di sebuah restoran Itali daripada pelajar berusia 21 tahun itu selain menjalin hubungan intim. Pelajar itu memberitahu penyiasat, dia juga menjalani pengguguran selepas mengandung anak Tey. Tan mengkritik Tey ketika sesi hukuman dengan berkata defendan jelas mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan berbohong selepas kes terbongkar. Tey juga adalah bekas hakim yang menerima gaji tahunan S$225,000 (RM$540,000) sebagai profesor. Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah tujuh tahun dan denda S$100,000 (RM$237,000). |
Profesor Singapura Dipenjara 5 Bulan Kerana Menerima Rasuah Seks Pelajar !!!
-
by gedong 02:23
-
Tags: Semasa
PERINGATAN
Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
Related Posts
Popular Posts
-
Ish ish ish. Adakah China terlalu panas untuk gadis ini sehingga dia sanggup pakai sebegini. Mungkin perasaan malu sudah tiada pada manu...
-
Dari luar nampak macam biasa je tetapi bila buka dalam kabinet tu, ianya mempunyai satu laluan ke tempat tanaman marijuana. ...
-
Eliska Klucinova adalah atlit heptathlon yang sedang menunggu giliran untuk beraksi di Olimpik London. Mungkin kerana malas nak ke bili...
-
Anna Swan adalah wanita yang hidup di antara tahun 1846 sehingga 1888 dan dilaporkan memiliki alat kelamin terdalam dalam sejarah iaitu s...
-
Satu lagi skandal terbesar di Taiwan terbongkar di Taiwan melibatkan anak juwatan Justin Lee Yueh-chang iaitu anak bekas ahli Yuanta Financi...
-
Kita selalu dengar banyak kes r0g0l dan bunuh. Tapi korang pernah tengok macam mana mayat mangsa dibedah siasat? Kes ni terjadi di Pakistan ...
-
Jika sudah ada jawapan anda, sila klik link dibawah untuk mengetahui jawapan sebenarnya. Kita tengok siapa yang kena. Dan jangan lupa beri...
-
1. Artis porno 100% berbohong jika mereka memberitahu bahawa mereka menikmati perbuatan filem lucah yang mereka lakonkan. Walaupun arti...
-
Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis da...
-
Hahaha. Ambik ko. Padan muka. Sapa suruh meraba. Kan dah kena. Hahahahhaha. Jom kita tengok di bawah. KL...
0 comments