Seekor babun menjadi "bintang" televisyen selepas dia meramas dade seorang wartawan perempuan yang sedang siaran langsung.
Peristiwa memalukan ini menimpa Sabrina Rodriguez (29), reporter stesen televisyen Fox 40. Dia tengah merakam laporannya berkaitan Festival Lodi Grape pada 12 September lalu.
Tak dinyatakan, seekor babun-yang disertakan dalam rakaman itu-berbuat nakal. Babun bernama Mickey itu "memerah" payudara wartawan tersebut.
Sebagai seorang profesional, Sabrina cuba untuk tidak terganggu dan cuba menjadikan kenakalan si babun sebagai bahan jenaka.
"Dia (Mickey) sedang cuba mengambil kesempatan keatas diri saya," kata Sabrina sambil tetap tersenyum.
Namun, Mickey menolak menyingkirkan tangannya dari dada Sabrina dan bahkan meramas dada sireporter sehingga dia harus menyudahi laporannya.
"Tetaplah bersama kami apabila kami mempelajari mengapa babun gemar meramas," kata Sabrina.
Sebelum kejadian itu, semua berjalan lancar. Kepada penonton, Sabrina memperkenalkan Mickey dan keduanya bahkan berjabat tangan dengan cukup sopan.
Namun, sedetik kemudian, Mickey sudah bergayut di bahu Sabrina, sementara tangannya berusaha meraba-raba si wartawan tersebut. Tak lupa Mickey memandang kamera mempamerkan "senyumannya".
Saat itu, Sabrina tengah merakam laporannya berkaitan Festival Lodi Grape yang berlangsung pada 12-15 September lalu. Laporan itu secara khusus bercerita tentang kera.
Laporan itu akan menerangkan bahawa babun adalah makhluk sosial, dan Mickey mempraktikkan hal itu dengan sangat baik di skrin televisyen.
Sebelum tampil bersama Sabrina, Mickey sudah menjadi bintang saat bermain bersama pelakon Tom Cruise dalam filem Rock of Ages yang dikeluarkan pada 2012.

HOOTSUITE SOCIAL MEDIA MANAGEMENT FOR THE ENTERPRISE

0 comments