Dia kelihatan semakin aktif melibatkan diri dengan aktiviti kecergasan dan giat mengajak peminat menjalani cara hidup sihat.
Memang bagus niat Sakinah, malah ia cukup sesuai dengan dirinya sebagai testimoni apabila memiliki tubuh yang cantik hasil regim kesihatan yang dilakukan.
Cuma yang tak berapa syok, makin banyak pula gambar-gambar seksi dimuatnaik bagi menunjukkan hasil usaha kerasnya di gym.
Sebenarnya kalau Sakinah tak pakai seksi sangat dan dedahkan pusat serta perut pun orang dah boleh nampak kecantikan tubuh hasil senaman dan penjagaan makanan yang diamalkan.
Gambar dipetik dari Instagram Sharifah Sakinah.
DISCOVER AN ADVENTURE IN JAPAN WITH AIR ASIA X
0 comments