Cabaran "Bufet Lendir" Bawa Malang Buat Izzue Islam & Emri.

 

Minggu keenam Fear Factor Malaysia 2 telah menyaksikan pasangan Izzue Islam dan Emri tersingkir selepas mendapat pungutan mata terendah dalam cabaran ketiga iaitu ‘Bufet Lendir’.

Sebelum itu, dua lagi pasangan telah dipanggil adalah Shuib dan Zakaria serta Zain dan Akmal selepas jumlah mata yang dikumpul adalah sama iaitu sebanyak 18 biji buah Strawberi.

Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi mereka apabila pasangan Izzue dan Emri telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kerana hanya berjaya mengumpul sebanyak 12 biji buah Strawberi sahaja.

Manakala pasangan yang berjaya mendapat tempat teratas dengan kutipan buah sebanyak 24 biji adalah Azura dan Rachel sekaligus menjadikan Rm10,000 milik mereka pada minggu ini.

Dengan penyingkiran Izzue dan Emri sebentar tadi, kini tinggal lima pasangan lagi bagi kumpulan B untuk merebut gelaran juara.

Bagaimana pula dengan minggu akan datang? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?

Siapa pula yang bakal tersingkir? Sama-sama kita nantikan.

THE NO. 1 DIGITAL BANK MAYBANK
 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments