Ada sesetengah golongan wanita yang suka menempah dan memakai baju kurung atau kebaya mengikut bentuk saiz badan. Kalau longgar katanya tak selesa la. Nak yang betul-betul 'just nice'. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam akibat terlalu sendat. Dah macam trend pulak pakai long dress muslimah "telanjang" atau kebaya ketat. Kadang-kadang masa hari raya, trend macam ni yang jadi pilihan. Bertudung dah cantik, tapi baju pulak yang ketat.
Bukan nak masuk campur dalam hal berpakaian. Itu mungkin hak anda. Tapi saya jugak ada hak nak bagi nasihat sesama saudara islam. Nak dengar atau tidak, terpulanglah. Simpan yang sepatutnya untuk suami sahaja. Pelihara maruah, elak maksiat, jauhkan dari dosa. Nasihat kepada semua termasuklah kepada SI DIA INI.
APPLY HSBC CREDIT CARD ONLINE
0 comments