MH370 - Penolong Pengurus Bakeri Perancis Dipecat Kerana Meminta Pelanggan Meramal Nasib MH370.

 

Tindakan meminta pelanggannya meramal apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat MH370 mengakibatkan seorang penolong pengurus sebuah cawangan bakeri Perancis di negara Singapura diarahkan berhenti kerja serta merta.

Pelanggan meluahkan kekesalan dan kekecewaan terhadap lelaki berkenaan dan menganggapnya kurang sensitif atau jahil bilamana dia meminta mereka meramal di cawan kertas mengenai apa yang berlaku pada pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Pada satu cawan kerja, digambarkan ekor pesawat terjunam ke dalam laut. Sebuah lagi cawan pula dilukis gambar pesawat masih terbang dan tertulis 'Still Alive'.

Robert Gaxiola yang menemui gambar itu di Facebook memuatnaik gambar itu di Facebooknya & menyoal rakan mayanya sama ada gambar itu kurang sensitif atau jahil.

Selepas itu, Robert kongsikan gambar berkenaan ke Facebook milik bakeri itu yang mempunyai 5 cawangan di sekutu Amerika berkenaan.

Tidak lama selepas itu, syarikat bakeri memuat naik status di Facebook rasmi mereka yang menyatakan seorang staf syarikat itu sudah diberhentikan kerja atas sikapnya yang tidak sensitif dan salah laku yang kasar. -myMetro

FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments