Wanita Tidak Pakai Baju Ganggu Forum Islam ( 7 Gambar ).

 


Satu forum agama di Berlin bertukar menjadi kecoh apabila 3 wanita yang dipercayai anti islam bertindak 'menceroboh' forum itu tanpa memakai baju.

Tindakan mereka itu memaksa pengawal keselamatan mengheret mereka keluar dari bangunan.

3 wanita biadab itu juga turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah sedang berbicara mengenai Islam.






Mereka terjerit-jerit mencaci Islam.

Wanita yang dipercayai dari kumpulan Femen yang diasaskan di Ukraine itu mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan serta pertubuhan yang tidak sehaluan dengan matlamat kumpulan sesat itu.

Femen menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu yang menjadi punca kepada semua jenayah.

Kehadiran 3 wanita itu ke forum berkenaan adalah sebagai bantahan terhadap pihak berkuasa Berlin yang menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam. - Daily Mail

TAYLORS UNIVERSITY OPEN DAY

 
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments